KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa sukacita dan bangga, khususnya kepada ibu bapa dan pelajar daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), yang tidak bernasib baik dan B40, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan Khamis.
Turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga kepada golongan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini, kejayaan cemerlang golongan itu membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh kita mampu bersaing dan berjaya.
Ia juga membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai jika ada kemahuan, menurut catatan itu.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar keputusan cemerlang itu menjadi titik permulaan untuk mereka mendepani langkah seterusnya ke arah kejayaan di masa hadapan dan juga sumber inspirasi kepada semua lapisan masyarakat," menurut Istana Negara.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar cemerlang dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan berterusan.
Selain itu, Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada para tenaga pengajar dan guru-guru yang membimbing dan mendidik pelajar-pelajar, menurut catatan itu.
Menurut Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2022 yang menerima keputusan baru-baru ini.
Kepada yang tidak memperoleh keputusan yang baik, ia bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu, menurut catatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini, kejayaan cemerlang golongan itu membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh kita mampu bersaing dan berjaya. - Foto Facebook Istana Negara
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
[TERKINI] Pembentangan hala tuju baharu agensi bermandat Bumiputera
Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut hadir menyampaikan ucapan khas.
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng